Berita

Gunasekaren sumbang bantuan kewangan untuk program bubur lambuk

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyumbang RM800 kepada KRT Taman Seremban Jaya (Fasa 7) bagi menjayakan program memasak bubur lambuk.

“Saya menyumbang bantuan kewangan ini bagi membantu KRT menyediakan bubur lambuk sempena Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Taman Seremban Jaya Fasa 7.

“Tahniah kepada Pengerusi KRT, Encik Raja Mohd Khairi Raja Salim dan AJKnya yang berjaya mengadakan program ini.

“Majlis seperti ini akan merapatkan lagi jurang antara masyarakat dan pemimpin masyarakat,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button