SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, P.Gunasekaren meminta golongan guru menjadi pendidik dan memainkan peranan dalam membentuk dan mengasuh kanak-kanak daripada kecil hingga dewasa agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
“Didikan yang diberikan kepada kanak-kanak akan menjadi tunjuk ajar dan teladan dalam membentuk sahsiah dan keperibadian kanak-kanak dalam menjadi pelapis yang berjasa kepada ibubapa, guru-guru dan masyarakat serta menjadi teladan kepada generasi seterusnya,” katanya.
Gunasekaren berkata demikian di Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Salak.
Turut hadir, barisan kepimpinan PIBG, guru-guru, pelajar dan ibu bapa.