YB Kita

Hanya ilmu boleh ubah nasib diri dan keluarga

LINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli telah merasmikan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.

Seramai 205 pelajar Tingkatan 5 dari enam buah sekolah menengah dalam DUN Linggi dan DUN Bagan Pinang telah terpilih untuk hadir ke bengkel ini selama dua hari.

“Pelajar-pelajar yang terpilih hendaklah mempunyai matlamat dan cita-cita untuk berjaya dalam perjalanan hidup mereka.

“SPM adalah penentu arah yang akan dipilih samada meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memilih saluran lain seperti teknikal atau sebaliknya.

“Harapan ibu bapa amat tinggi yang ingin melihat kejayaan anak-anak kita.

“Hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib diri dan keluarga kita.

“Semoga dipermudahkan segala urusan pelajar semua dan ‘Good Luck’ untuk SPM 2025 bermula November 2025 ini,” kata Faizal.

Faizal mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, Kolej UNITI, PIBG dan tuan rumah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.

 

Show More

Related Articles

Back to top button