BeritaProgram

IKHTILAT: Seni bukan lesen bebas

Baru-baru ini, tular sebuah video persembahan teater yang menimbulkan rasa kurang senang masyarakat awam.

Adegan yang melibatkan interaksi tanpa batas antara lelaki dan perempuan telah membangkitkan persoalan tentang “Ikhtilat”.

Menurut Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, ikhtilat ialah percampuran lelaki dan wanita bukan mahram yang pada asalnya dilarang, kecuali atas keperluan mendesak dengan menjaga adab-adab Islam.

Dalam seni persembahan, adab dan etika institusi serta agama tidak seharusnya diketepikan demi sebuah “karya”.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur ayat 30-31:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

Teguran ini bukan sahaja ditujukan kepada pelajar institusi, malah buat masyarakat umum serta penggiat seni tanah air agar sentiasa cakna tentang batas syariat.

Kepada adik-adik di institusi pengajian, jagalah batas pergaulan dalam apa jua aktiviti. Jangan kerana “seni”, ikhtilat letak tepi.

Show More

Related Articles

Back to top button