Berita
Inisiatif baharu Daya Kerjaya 2.0 – Skim Sokongan Pekerjaan
Mulai 10 Januari 2024, majikan sektor swasta dan GLC/GLIC layak mendapat insentif RM1,500 sebulan selama enam bulan sekiranya menggajikan golongan OKU, bekas banduan dan warga emas.
Keistimewaan Daya Kerjaya 2.0 – Skim Sokongan Pekerjaan:
1. Tiada had permohonan bilangan pekerja.
2. Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.
3. Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian golongan mudah terjejas dalam kalangan OKU/peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO, bekas banduan, pesara dan warga emas.
Mohon sekarang di http://kerjayamadani.perkeso.gov.my atau layari http://www.perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.