Insentif pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan kepada RM1,000

KUALA LUMPUR: Insentif kemenangan bagi pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2027 dinaikkan daripada RM750 kepada RM1,000, hasil perbincangan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq dengan Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN).
“Saya telah mengadakan pertemuan yang cukup bermakna bersama para atlet, jurulatih dan barisan pengurusan di Majlis Sukan Negara.
“Pada majlis ini, saya memaklumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia berasa amat bangga dengan semangat juang ditunjukkan para atlet negara dalam setiap temasya sukan termasuk pencapaian gemilang di Sukan SEA Thailand 2025.
“Justeru, sebagai penghargaan, saya telah mengumumkan kadar insentif pingat gangsa Sukan SEA dinaikkan kepada RM1,000 selain peluasan skim insentif bagi atlet remaja, atlet orang pekak dan atlet sukan para dengan peruntukan tahunan sejumlah RM10 juta.
“Saya juga mengingatkan bahawa tahun ini kita bakal berdepan cabaran lebih hebat termasuk Sukan Komanwel, Sukan Asia, Para Asia dan SUKMA.
“Insya Allah dengan disiplin, usaha gigih dan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia, kita mampu mengangkat martabat sukan negara ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.



