Ismail santuni pelajar SPM SMK Tuanku Ampuan Najihah
SEREMBAN: Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah, Seremban.
Ismail berkata, kehadiran beliau ke SMK Tuanku Ampuan Najihah adalah bagi menyantuni calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah tersebut.
“Saya telah memberikan kata-kata nasihat serta semangat kepada semua 96 calon SPM yang mendaftar di sekolah tersebut.
“Saya juga berkongsi pengalaman menjawab soalan semasa zaman saya menduduki peperiksaan, selain memberikan tips-tips menjawab soalan dengan mudah dan berkesan,” katanya.
Ismail juga berkesempatan menyantuni pelajar-pelajar kelas muzik dan juga teater di bawah kelolaan ‘Nogori Art School’.
Turut bersama hadir dalam sesi ini ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan juga pengetua sekolah, Nor Hayati Abdul Rahman.