Berita

Isu pencemaran sisa toksik di Taman Bandar Senawang dapat perhatian MK Ibrahim

PAROI: Isu pencemaran sisa toksik di sebuah sungai di belakang Jalan 8, D’Latania, Taman Bandar Senawang (TBS) mendapat perhatian Penyelaras DUN Paroi, Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman.

“Saya bergegas ke lokasi selepas mendapat aduan daripada KRT (TBS).

“⁠Memandangkan perkara ini serius dan perlu ditangani segera, saya telah meminta Majlis Bandaraya Seremban, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengairan dan Saliran agar mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjamin kesihatan penduduk sekitar,” kata MK Ibrahim yang juga Speaker DUN Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button