SEREMBAN: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan telah selesai membentang dan meluluskan Belanjawan 2025.
EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, untuk Belanjawan Kerajaan Pusat 2025, dengan nilai RM421 bilion yang merangkumi RM335 bilion perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
“Bagi Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang bernilai RM590 juta, yang mana RM135 juta adalah untuk Anggaran Belanja Pembangunan.
“Bagi tahun 2025, harapan saya amat tinggi supaya semua program berasaskan portfolio pertanian ini dapat dirancang dengan lebih baik, menyeluruh dan memberi manfaat yang lebih berganda kepada rakyat dengan semaksima mungkin.
“Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar atas kelulusan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk pembinaan Pavilion Negeri Sembilan di MAHA.
“Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, kita telah sukses menganjurkan beberapa program yang menyusur kehendak rakyat seperti FAMA FEST (23 – 26 Mei), NS FEST (28 Julai-3 Ogos), MAHA (11 – 22 September) dan Program Agrofest di Daerah-Daerah seluruh Negeri Sembilan.
“Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakannya,” kata Jalaluddin.
Jalaluddin berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup yang terakhir bagi tahun 2024 di Majlis Bandaraya Seremban.