Berita

Jalan mendap Taman Sri Kamban akan selesai bulan depan

SEREMBAN JAYA: Masalah jalan mendap yang dihadapi penduduk di Taman Sri Kamban akan selesai dalam tempoh sebulan sahaja lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren berkata, hal demikian kerana beliau telah mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan.

“Kerja-kerja longkang telah dilaksanakan dahulu bagi memastikan tiada lagi air keluar daripada bahagian bawah jalan.

“Kemudian mereka akan teruskan kerja-kerja premis untuk memastikan mendapan jalan tidak berulang semula dan selamat digunakan..

“Kerja pembaikan ini akan mengambil lebih kurang sebulan sahaja lagi.

“Dalam pada itu, saya juga telah melawat beberapa jalan sementara yang digunakan oleh penduduk keluar masuk daripada taman tersebut bagi mengenalpasti sama ada berlaku kesesakan lalu lintas atau tidak.

“Hasil tinjauan dan perbincangan bersama pengawal keselamatan, setakat ini tiada sebarang masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di jalan tersebut,” kata Gunsekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button