BeritaMenarik

JEMAAH inisiatif Kerajaan Negeri imarah masjid

SEREMBAN: Pelan Peningkatan Jemaah Masjid (JEMAAH) 2023-2024 yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebagai satu usaha untuk mengimarahkan masjid di sekitar kawasan ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH- Sikamat) berkata, melalui pelan tersebut terdapat empat inisiatif strategik yang bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan masjid di negeri ini.

“Antara usaha tersebut adalah mempromosi kempen ke masjid, melaksanakan program pengimarahan yang menarik, meningkatkan tadbir urus yang cekap dan sistematik serta menjadikan masjid sebagai Ummah Stop Center.

“Dalam pada itu, melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) juga telah memperuntukkan sebanyak RM624,000 sebagai insentif kepada seluruh Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir. Bakri Sawir (PH) pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button