BeritaMenarik

Jika benar ada emas, Kerajaan Negeri akan keluarkan lesen melombong

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengeluarkan lesen melombong emas sekiranya benar ada emas di Sungai Lenggeng.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, beliau telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Sembilan serta Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka untuk menyiasat dakwaan di sebuah media sosial bahawa terdapat emas di Sungai Lenggeng.

“Jika ada emas, Kerajaan Negeri akan melombong kawasan tersebut sebagai potensi pendapatan negeri yang baharu.

“Setahu saya, yang menjalankan projek lombong pasir di situ adalah Yayasan Negeri Sembilan dan syarikat yang memiliki tanah di situ,” ujarnya.

Aminuddin berkata, gambar tanah yang terhakis yang ditular dalam media sosial adalah milik pemaju itu sendiri iaitu pengusaha pasir itu sendiri.

“Saya minta orang yang membuat tohmahan itu bertaubat.

“Sebab saya pun tak tahu di situ ada emas atau tidak, baru nak siasat.

“Jadi kalau dia tahu (kawasan yang mempunyai emas), beri maklumat di mana lagi ada emas.

“Senang untuk buat perlombongan baharu di seluruh Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

 

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button