Program Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin DUN Seri Menanti akan diadakan esok 26 April, di Pusat Perniagaan Kampung Padang Lebar Terachi bersebelahan dengan Pondok Dar Tauhid Terachi.
Pelbagai barang-barang basah dan keperluan asas dijual pada kadar 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran seperti ayam, ikan, beras putih, telur, sayur sayuran, minyak masak dan lain lain.
Berikut butiran program tersebut:
Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
Masa: 8:00 pagi hinggga stok habis