PORT DICKSON: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Jualan Termurah MADANI dan Jualan Rahmah MADANI Peringkat Parlimen Port Dickson pada 7 Disember (Sabtu) ini.
Pelbagai jenis jualan disediakan seperti ikan segar, ayam, daging, barangan kering serta sayuran dan buah-buahan.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 7 Disember 2024 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat: Gelanggang Petanque, Batu 1, Port Dickson.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Kementerian Komunikasi, Task Force Pemantauan Kluster Makanan, NAccol, KPDN, Pejabat Daerah Port Dickson dan Jabatan Penerangan.