BeritaMenarik

Gaji MB dan ADUN Negeri Sembilan, kedua terendah di Malaysia

SEREMBAN: Gaji Menteri Besar (MB) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan merupakan yang kedua terendah di Malaysia berbanding gaji Menteri Besar dan ADUN di negeri lain.

Ini bermakna gaji Menteri Besar dan ADUN, sekurang-kurangnya di tiga negeri pembangkang masih tinggi berbanding di Negeri Sembilan.

Tiada sebarang pelarasan gaji untuk wakil rakyat Negeri Sembilan sejak 10 tahun yang lalu.

Kajian semula pelarasan gaji ini berlaku dalam keadaan Kerajaan Negeri Sembilan mencatatkan lebihan pendapatan atau surplus pada tahun 2023 dan dijangka sekali lagi akan mencatatkan surplus pada tahun ini.

Manakala untuk tahun 2025, Belanjawan yang dbentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun adalah belanjawan yang berimbang.

Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ada penambahan peruntukan sebanyak RM70 juta berbanding Belanjawan 2024.

Memandangkan sejak 10 tahun yang lalu tiada kenaikan, ini lah masa yang paling sesuai untuk kajian pelarasan gaji.

 

Show More

Related Articles

Back to top button