SEREMBAN: Cikgu Kamarul Shahril Kamarudin yang merupakan Guru Muzik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang tercalon dalam Top 10 Malaysia Prize Teacher, anjuran Pemimpin GSL Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ini satu acara yang memilih 10 guru terbaik di Malaysia dengan inovasi masing-masing demi kemenjadian anak murid.
Kamarul Shahril merupakan wakil tunggal dari Negeri Sembilan.
Beliau memperjuangkan Pendidikan Muzik sejak dari sekolah rendah supaya lebih dipandang tinggi dan menunjukkan bahawa muzik juga merupakan satu kerjaya.
Setakat ini SK Senawang sahaja bagi sekolah rendah di Malaysia yang mempunyai pasukan Band, Rekorder, Angklung, Ukulele dan Cak Lempong dan sering memenangi pertandingan bagi peringkat Negeri Sembilan serta kebangsaan.