KARiSMA platform bina semangat persatuan dan kepimpinan
REMBAU: Karnival Sukan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (KARiSMA) kali ke-29 bagi tahun 2024 bukan sekadar platform untuk mengukir nama dalam arena sukan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program ini juga turut membina semangat berpersatuan dan semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
“Hal ini kerana sukan mampu membentuk keperibadian, menanam semangat kecekalan dan membuka peluang untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
“Dasar Belia Negara juga memerlukan generasi hari ini menjadi cergas, bijak dan berdaya saing tinggi melalui aktiviti sukan.
“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan memberikan ruang perbincangan terbuka untuk penganjuran aktiviti sebegini dilakukan bertepatan dengan sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.