Berita

Karnival bola sepak Bawah 18 tahun platform kembang bakat pemain

SEREMBAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba A muncul johan Karnival Mini Bola Sepak Negeri Sembilan FC bawah 18 Tahun Musim 2024 anjuran Negeri Sembilan Football Club dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan.

SMK Za’ba A menewaskan SMK Za’ba B dalam perlawanan akhir dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat tanpa jaringan dalam masa penuh permainan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor berkata, ini merupakan pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian pemain-pemain muda dalam memperjuangkan kecemerlangan dalam sukan bola sepak di peringkat negeri.

“Pengiktirafan seperti ini juga bukan sahaja memberi motivasi kepada para pemain, tetapi juga mewujudkan satu platform untuk menghargai usaha mereka dalam mengembangkan bakat dan kemahiran dalam sukan bola sepak.

“Semoga kesinambungan usaha ini akan terus menghasilkan pemain yang berbakat dan berjaya dalam arena sukan bolasepak kita,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button