Berita

Pusat Khidmat DUN Labu pastikan semua terima inisiatif Kerajaan Negeri

LABU: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Labu yang dibuka pada Ahad lalu adalah salah satu cara Kerajaan Negeri untuk memastikan masyarakat di DUN pembangkang juga turut menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pusat khidmat ini dibuka kerana Kerajaan Negeri telah memperkenalkan konsep DUN angkat bagi penggal ini.

“Bagi DUN Labu, saya sendiri adalah bapa angkat, oleh itu, sekiranya masyarakat di sini mempunyai permasalahan boleh berhubung dengan saya ataupun Encik Faez sebagai Pengurus Pusat Khidmat DUN Labu.

“Ini adalah perkara biasa yang dilakukan seperti sebelum ini bagi memastikan tiada siapa terlepas untuk menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Dalam majlis sama, Aminuddin turut memberikan sumbangan kepada keceriaan warga emas dan juga bantuan Institut Pengajian Tinggi kepada mahasiswa yang meneruskan pengajian mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button