Berita
Karnival Kesihatan MBS

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Karnival Kesihatan Majlis Bandaraya Seremban Tahun 2025 anjuran bersama Badan Kebajikan Islam MBS (BAKI MBS), Kelab Kebajikan dan Rekreasi MBS (KKR), ANULAE Cawangan Seremban MBS dan Persatuan Pekerja-Pekerja Hindu MBS di perkarangan Wisma MBS.
Program Karnival Kesihatan MBS ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga kerja MBS dan warga bandar raya Seremban untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan juga mendapatkan maklumat berkenaan penjagaan kesihatan.
Untuk makluman, tahun ini MBS telah dibantu oleh 19 agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan pengajuran program pada kali ini.