Kaunter pendaftaran kad konsesi BAS.My dibuka
Orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan kad konsesi BAS.MY boleh lawati beberapa kaunter pendaftaran terdekat.
Kad konsesi ini percuma bagi warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar sekolah.
Bagi mereka yang ingin menggunakannya boleh membuat bayaran RM50 sebulan dan menggunakan perkhidmatan bas tersebut tanpa had selama 30 hari.
Maklumat kaunter pendaftaran adalah seperti berikut:
Terminal 1 Seremban
🗓️Isnin – Jumaat
⏰️8.00pagi – 5.00 petang
Terminal Nilai
🗓Isnin – Jumaat
⏰️8.00pagi – 5.00 petang
Terminal Tampin
🗓Isnin – Jumaat
⏰️8.00pagi – 5.00 petang
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seremban, Seremban
🗓Isnin – Jumaat
⏰️9.00pagi – 3.00 petang
(23/12/2024 – 27/12/2024)
Food Court Pekan Mantin
🗓Isnin – Jumaat
⏰️9.00pagi – 3.00 petang
(23/12/2024 – 27/12/2024)