Berita

Kebajikan warga emas terus terpelihara menerusi sumbangan keceriaan fasa 3 di DUN Pilah

PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan terus komited menjaga kebajikan golongan warga emas apabila menyampaikan Sumbangan Keceriaan Warga Emas Fasa 3 DUN Pilah kepada para penerima di Dewan Dato’ Bahaman.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, program berkenaan melibatkan warga emas dari seluruh DUN Pilah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membina keluarga serta masyarakat.

“Setiap penerima menerima sumbangan berjumlah RM200 secara one-off daripada Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan perbelanjaan harian, khususnya sepanjang bulan Ramadan dan sebagai persediaan menyambut Syawal.

“Semoga inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sembilan ini terus membawa manfaat dan kebajikan warga emas sentiasa terpelihara.

“Insya-Allah, saya dan pasukan akan terus komited menyantuni setiap lapisan masyarakat di DUN Pilah,”katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah.

Beliau turut mendoakan agar golongan ibu dan ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Show More

Related Articles

Back to top button