Berita

Kejadian tanah runtuh dapat perhatian segera Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Aduan hakisan tebing tanah berhampiran sebuah rumah di Kampung Baru Rahang mendapat perhatian segera ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

“Hakisan tanah mula berlaku selepas kerja-kerja penebangan rimbunan pokok di lot sebelah yang telah dibersihkan dan menyebabkan tanah berlumpur turun ke rumah ketika hujan.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama pemilik lot dan penghuni rumah bagi mencari jalan penyelesaian kerana khuatir hakisan tanah/tanah runtuh akan berlaku jika dibiarkan begitu sahaja serta memberi kesan kepada penduduk persekitaran tersebut,” jelas Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Saudari Winnie Suri; Pengerusi MPKK Kampung Baru Rahang, Saudara Liew dan Pembantu Ahli MBS, Saudara Minnal.

Show More

Related Articles

Back to top button