Kejohanan futsal pupuk semangat perpaduan dalam komuniti
KOTA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini telah merasmikan pertandingan Futsal di Kompleks Sukan Sungai Layang anjuran Biro Sukan MIC Bahagian Rembau bersama KRT Taman Sri Kota yang dipimpin oleh Vinayaga Moorthy.
“Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang cukup meriah dengan semangat kesukanan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua peserta.
“Tahniah kepada pihak penganjur dan semua pasukan yang mengambil bahagian.
“Semoga program seperti ini terus menjadi platform mengeratkan sillaturrahim dan memupuk semangat perpaduan dalam komuniti,” kata Suhaimi.
Turut hadir Naib Ketua MIC Rembau, P.Ravi; Penolong Setiausaha MIC Rembau, Sures; Ketua Pemuda MIC Rembau, Previn Kumar dan Ketua Briged MIC Negeri Sembilan, Kamal.



