SEREMBAN: Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan-PH) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperhalusi waktu kerja (jam bekerja) petugas jururawat di hospital kerajaan.
“Berkenaan jam bekerja bagi petugas jururawat yang dibangkitkan oleh ADUN Kota, perkara ini telah pun mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.Zulkefly Ahmad.
“Menteri Kesihatan akan perhalusi perkara ini dalam waktu terdekat.
“Adalah menjadi keutamaan perkara-perkara yang melibatkan kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan semua petugas-petugas perkhidmatan kesihatan, KKM khasnya dan pihak awam dan swasta yang lain tetap terjaga dan dibela,” ujar beliau.
Tengku Zamrah berkata demikian semasa menjawab pertanyaan ADUN Kota, Suhaimi Aini (BN) dalam sesi soal jawab Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Yang Ke-15.