Berita

Kerajaan Negeri peruntuk RM500,000 penganjuran SUKNES

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi penganjuran Sukan Negeri Sembilan (SUKNES).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, peruntukan tersebut akan diserahkan kepada setiap DUN.

“Ini kerana SUKNES akan dianjurkan bermula daripada peringkat DUN dan berakhir di peringkat negeri.

“Kali terakhir program ini diadakan adalah pada 2017.

“Pada edisi kali ini kita memberi nafas baru dengan mempunyai empat acara sukan yang dipertandingkan iaitu futsal, badminton, takraw dan bola jaring.

“Penganjuran SUKNES ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri mengambil serius tentang pembudayaan sukan kepada rakyat di Negeri Sembilan sehingga ke akar umbi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button