Berita

Pusat MRO Rolls-Royce di Nilai

LONDON: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengadakan pertemuan dengan pihak Rolls-Royce and Partners Finance di London.

Tengku Zafrul berkata, kunjungan ini adalah untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab aeroangkasa global yang dinamik.

“Dengan ekosistem aeroangkasa yang pesat berkembang, Malaysia kini hab kedua terbesar di ASEAN.

“Rolls-Royce and Partners Finance memainkan peranan penting dalam menyokong syarikat penerbangan melalui penyelesaian pembiayaan enjin pesawat yang inovatif.

“Kami membincangkan rancangan untuk memperluaskan pusat MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) di Nilai, serta memperkenalkan pembiayaan Islam dalam sektor pajakan enjin pesawat.

“Ini satu langkah strategik yang akan melonjakkan daya saing Malaysia dalam aeroangkasa dan kewangan Islam.

“Terima kasih Rolls-Royce dan Partners Finance atas kerjasama yang erat ini.

“Kami teruja untuk membawa industri aeroangkasa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” kata Tengku Zafrul.

Show More

Related Articles

Back to top button