Berita

Kerajaan Negeri tegas terhadap salah laku penjawat awam

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan amat mengambil berat terhadap sebarang salah laku atau korupsi dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kita tidak mahu penjawat awam yang ada tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

“Kita boleh lihat beberapa isu yang telah diselesaikan seperti kecurian REE dan juga membatalkan beberapa permit pasir kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Hal ini kerana kita tidak ingin melihat sebarang ketirisan dalam hasil negeri.

“Selain itu, kita juga mengalu-alukan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk lakukan siasatan terhadap mana-mana penjawat awam di Negeri Sembilan yang terlibat dengan isu rasuah atau korupsi,” tegas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button