Berita

Kerajaan Negeri laksana waktu kerja anjal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan melaksanakan waktu kerja anjal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, waktu kerja anjal ini sudah tentu dapat membantu meningkatkan lagi motivasi penjawat awam di Negeri Sembilan.

“Selain itu, secara tidak langsung dapat memberikan motivasi kepada mereka.

“Hal ini kerana ia dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan terdapat antara mereka yang ingin mengambil anak di sekolah.

“Waktu kerja anjal ini akan dimulakan pada 15 Januari ini.

“Dalam pada itu, saya berharap agar waktu kerja anjal ini tidak disalah gunakan oleh penjawat awam.

“Sekiranya terdapat sebarang salah laku waktu kerja anjal ini, ia akan ditarik semula,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button