Veerapan sumbang RM43,000 kepada 14 NGO
REPAH: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan menyumbang RM43,000 kepada 14 NGO dan agensi kerajaan bagi melaksanakan aktiviti persatuan dan agensi masing-masing.
Veerapan berkata, beliau memberi sumbangan kewangan kepada pelbagai NGO, agensi kerajaan, pusat pendidikan dan rumah ibadat mengikut keperluan.
Sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut:
1. Kelab Sukan Thivy Jaya – RM5,000
2. Dewan Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia – RM5,000
3. Koperasi Keluarga RVK Machap Berhad – RM3,000
4. Persatuan Penganut Xuan Tian Kong – RM2,000
5. Pertubuhan Kebajikan Bachang Melaka – RM3,000
6. UNISZA – RM500
7. FAMA – RM1,500
8. Persatuan Hopo Negeri Sembilan dan Melaka – RM1,000
9. The Tampin Hokkien Association – RM1,000
10. Persatuan Prihatin Masyarakat India – RM5,000
11. Dewan Perniagaan dan Pembangunan Masyarakat Malaysia – RM5,000
12. Gemas Warriors Challenge – RM3,000
13. Rumah Berhala Too Ti Kong – RM5,000
14. Kelab Kospen Daerah Tampin – RM3,000
“Saya berharap sumbangan ini membantu penerima menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada ahlinya,” kata Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah.