BeritaMenarik

Kerajaan peruntuk RM788 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan

JELEBU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM788,130,000 melalui Belanjawan 2024 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024.

Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, bantuan one-off ini diberikan bagi membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan murid bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini.

“Saya telah menyerahkan bantuan sebanyak RM150 kepada 193 pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah Kampung Chennah, Jelebu.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan pelajar menjelang musim persekolahan yang akan dibuka pada bulan Mac ini,” ujar Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button