Berita

Kerajaan teroka peluang baharu, jamin kestabilan bekalan tenaga

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersedia meneroka peluang baharu bagi menjamin kestabilan bekalan tenaga negara.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana keadaan geopolitik di Asia Barat yang kian meruncing dan tidak menentu.

“Kerajaan MADANI bertindak lebih awal dan berwaspada dengan mengukuhkan jaringan kerjasama bersama rakan yang diyakini seperti Oman demi memastikan kepentingan rkayat sentiasa dilindungi,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian sewaktu menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi National Gas COmpany SAOG Oman.

“Langkah memperluas kerjasama perdagangan minyak dan LNG ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan strategik bagi memastikan rantaian bekalan tenaga negara kekal stabil.

“Sekali gus mengelakkan tekanan kos yang boleh membebankan rakyat dan perniagaan.

“Kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dalam mendepani krisis global yang semakin kompleks.

“Setiap langkah yang diambil adalah terarah, berpaksikan kepentingan rakyat, dan memastikan Malaysia kekal bersedia, berdaya tahan serta tidak terdedah kepada kejutan bekalan tenaga,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button