BeritaYB Kita

Veerapan sumbang RM3,000 kepada The Chinese Association Tampin

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 kepada The Chinese Association Tampin dan Pulau Sebang.

Veerapan berkata, sumbangan yang diberikan adalah bagi membantu mereka melaksanakan program Sambutan Ulang Tahun 2025.

“Sumbangan ini juga adalah sebagai tanda sokongan terhadap peranan aktif persatuan dalam memperkukuh jaringan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial setempat.

“Semoga sambutan yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan terus memberi manfaat kepada seluruh ahli masyarakat,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button