SRI TANJUNG: Kerja-kerja membina dan menurap laluan pejalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Port Dickson sedang giat dijalankan.
ADUN Sri Tanjung, Dr P.Rajasekaran berkata, projek membina dan menurap laluan pejalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Port Dickson ini perlu kerana ia merupakan kemudahan infrastruktur yang asas.
“Apabila projek ini siap, ia akan memudahkan pergerakan pelajar dan ibu-bapa yang datang ke sekolah.
“Dalam pada itu, sepanjang kerja-kerja membina dan menurap laluan ini dijalankan, anggota RELA telah dikerahkan bagi mengawal lalu lintas dan melindungi pelajar yang melintas jalan utama,” kata Rajasekaran.