Berita
Kerja-kerja naik taraf infrastruktur di DUN Pilah siap
PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, kerja-kerja menaik taraf di DUN Pilah telah siap.
“Alhamdulillah, projek menurap jalan di Taman Selasih Kuala Pilah dan kerja-kerja pemasangan guardrail di Kampung Maasop Kuala Pilah telah siap.
“Sementara itu, kerja-kerja menukar longkang baru sedang giat dijalankan di Taman Bahagia Delima dan kerja-kerja naik taraf longkang yang selalu tersumbat dan banjir berhampiran stesen minyak Petron sedang dinaik taraf serta dibaik pulih.
“Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah dalam menyelesaikan isu komuniti masyarakat setempat,” ujar Noorzunita.