Berita

Kerjasama wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan penting demi kesejahteraan rakyat

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang diadakan di Bilik Dato’ Klana Petra, MBS, Forest Heights.

Dalam mesyuarat tersebut, Datuk Bandar MBS, Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin telah membentangkan:

✅ Belanjawan Tahun 2026

✅ Cadangan program pembangunan dan kesejahteraan masyarakat

✅ Isu-isu semasa yang sering dihadapi oleh penduduk setempat

✅ Langkah penyelesaian terhadap masalah infrastruktur, kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti

Gunasekaren merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Bandar MBS serta semua Ahli Majlis yang sentiasa komited dalam perkhidmatan.

Beliau turut memuji usaha kakitangan MBS yang melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, tanggungjawab dan keberkesanan dalam memastikan pentadbiran bandaraya berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras keperluan pembangunan, memperkukuh kerjasama antara wakil rakyat, pentadbiran kerajaan tempatan dan komuniti setempat, demi membina sebuah bandaraya yang maju, bersih dan sejahtera.

“Bersama kita jadikan Seremban sebagai bandaraya maju, harmoni dan sejahtera untuk semua,” kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button