BeritaMenarik

Kes buli siber bakal dinoktahkan

Bagi menangani isu buli dalam talian, Menteri dan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Seri Azalina Othman Said dan M.Kulasegaran melalui kementerian mereka berganding bahu memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) yang mampu memastikan kelompongan undang-undang dapat diatasi, iaitu dengan membangkitkan RUU khusus terhadap buli dan buli siber.

Dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 ini, hukuman lebih keras akan dikenakan terhadap pembuli siber yang mengugut, menghina atau mencela dengan niat memprovokasi seseorang dan menyebabkan kemudaratan kepada dirinya atau kepada orang lain.

Bagaimanapun, RUU ini bukanlah bersifat menghukum, tetapi untuk memupuk kebertanggungjawaban pengguna dengan selalu berhati-hati bukan saja kata-kata dalam talian, malah membina sebuah masyarakat yang lebih beradab dan menghormati maruah setiap individu.

Diharapkan satu hari nanti, Malaysia berjaya menoktahkan kes buli siber terutamanya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Sumber: Facebook Democratic Action Party

Show More

Related Articles

Back to top button