Media Perlu Lebih Proaktif Bentuk Pemikiran Masyarakat – Rafie

SEREMBAN: Media perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam membentuk pemikiran masyarakat serta membantu usaha pembangunan negara bukan sekadar melaporkan terhadap sesuatu isu yang berlaku.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, laporan media mempunyai pengaruh terhadap cara masyarakat melihat dan menilai sesuatu isu melalui penyampaian berita yang tepat, bertanggungjawab serta tidak mengabaikan konteks sebenar.
“Media mempunyai pengaruh terhadap pemikiran dan pandangan orang ramai.
“Sebab itu, bagaimana media melakukan sesuatu berita ataupun bagaimana media ingin membawa satu persoalan yang baharu, rakyat akan melihat dan menilai,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari dan Ramah Mesra Pengamal Media Bersama ADUN Ampangan di sini.
Menurutnya, peranan itu bukan hanya terletak kepada wartawan malah jurugambar dan keseluruhan pasukan media turut memainkan tanggungjawab kerana setiap sudut pemberitaan termasuk gambar mampu mempengaruhi persepsi masyarakat.
“Pemilihan sudut gambar yang tidak tepat juga berpotensi memberikan gambaran yang berbezadaripada keadaan sebenar.
“Kalau dari segi sudut yang tidak begitu tepat, ia boleh memberi kognitif yang negatif ataupunpandangan yang mungkin tidak ingin membawaperkara yang sebenar,” katanya.
Dr. Mohamad Rafie berkata, media juga tidak seharusnya terlalu mengikut rentak politik dengan hanya memberi tumpuan kepada perselisihan antara parti atau individu sebaliknya perlu melihat persoalan lebih besar termasuk prestasi dan tanggungjawab pemimpin.
“Kalau kita hanya fokus kepada mereka yang berkecamuk seperti contoh parti A lawan parti B, individu A lawan individu B tetapi fokusnya perlu ada juga dan sekiranya tertumpu kepada itu mereka mesti gagal.
Beliau berkata, tugas utama pemimpin adalah membangunkan negara serta membawa kesejahteraan kepada rakyat dan perkara itu juga perlu menjadi antara fokus utama dalampemberitaan media.
Dalam pada itu, beliau berkata media turut mempunyai tanggungjawab dalam memperkukuh perpaduan masyarakat dengan memastikan isu berkaitan kaum tidak dilaporkan sehingga menimbulkan prasangka atau perpecahan.
“Media boleh merapatkan hubungan, membangunkan perasaan bahawa kita hidup dalam satu negara,” katanya.
Menurutnya, Malaysia memerlukan kekuatan semua kaum untuk bersama-sama membangunkan negara.
“Kita perlukan setiap orang Melayu, kita perlukan setiap orang Cina, kita perlukan setiap orang India.
“Kita perlukan semua bangsa yang ada dalam negara kita ini untuk bersama sama membangunkan negara,” katanya.
Dr. Mohamad Rafie berkata, media perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak hanyabersifat reaktif terhadap sesuatu perkarasebaliknya memainkan peranan dalam membentuk masyarakat yang lebih matang, berilmu dan berpandangan jauh.
“Media harus mempunyai fokus iaitu yang utamamembangunkan negara, membangunkanmasyarakat,” katanya.
Beliau berkata, peranan media semakin penting dalam era teknologi dan media sosial kerana maklumat kini dapat disampaikan kepadamasyarakat dengan pantas tanpa mengira masa dan sempadan.
“Media memainkan peranan untuk membangunkan negara ini, untuk membangunkan pemikiran rakyat,” katanya.



