Berita

Kontraktor baharu mulakan kerja pemotongan rumput dan landskap di Bandar Baru Nilai

NILAI: Kontraktor yang baru dilantik dipercayai dapat mengatasi masalah kawasan landskap yang tidak terurus di Bandar Baru Nilai.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, kawasan tersebut tidak terurus sebelum ini adalah disebabkan kelewatan melantik kontraktor sehingga tiga bulan.

“Ia secara tidak langsung mengakibatkan banyak kawasan dinaiki semak samun.

“Walau bagaimanapun, masalah diyakini dapat diatasi dengan pelantikan kontraktor yang baru ini.

“Mereka menyediakan sekurang-kurangnya 15 orang pekerja di lapangan setiap hari untuk menjalankan kerja pemotongan rumput dan landskap.

“Saya juga turut meminta pihak Majlis Bandaraya Seremban untuk sentiasa melakukan pantauan dari semasa ke semasa.

“Saya juga berharap agar landskap di Bandar Baru Nilai dapat dipulihkan dan kembali seperti dua atau tiga tahun yang lalu.

“Ini supaya suasana di kawasan ini dapat memberikan suasana yang selesa yang indah untuk penduduk serta pengunjung,” kata Arul Kumar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button