ADUNBerita

KRT Seremban Jaya Fasa 3 terima RM500 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seremban Jaya Fasa 3 telah menerima sumbangan sebanyak RM500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan membantu pihak KRT mengadakan program memasak bubur lambuk sempena bulan puasa ini.

“Bubur lambuk tersebut akan diberikan kepada penduduk setempat.

“Program sebegini sudah semestinya dapat menjalin ukhuwah antara masyarakat berbilang bangsa dan merapatkan lagi jurang antara semua lapisan masyarakat.

“Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi KRT Seremban Jaya Fasa 3, Encik Ravindran,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button