Berita
Kuil Bukit Tembok terima RM20,000 daripada Teo

RASAH: Kuil Bukit Tembok Jalan Rasah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 daripada Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, Teo Kok Seong.
Teo berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemeliharaan dan pembangunan kuil ini.
“Sumbangan ini juga diharap dapat membantu bagi memperkukuhkan lagi peranan kuil dalam menyatukan komuniti serta memelihara warisan agama Hindu.
“Semoga semangat kerjasama dan saling menghormati antara semua pihak terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama,” kata Teo.