Lawatan mesra Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ke SK Taman Paroi Jaya

SEREMBAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar bersama KPPK Unit Prasekolah dan Rendah, Halida Yunus, telah mengadakan lawatan mesra ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Paroi Jaya bagi meninjau pengoperasian sekolah serta memastikan persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan kondusif dan teratur.
Lawatan turut memberi fokus kepada aspek kebajikan murid, keselesaan bilik darjah, kemudahan pembelajaran serta keperluan semasa sekolah bagi memastikan proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat optimum kepada murid.
Melalui sesi interaksi bersama pihak pengurusan sekolah dan warga pendidik, pelbagai pandangan serta maklum balas turut dikongsikan sebagai usaha berterusan memperkukuh kualiti penyampaian pendidikan demi kesejahteraan dan kecemerlangan murid.




