Lebih 200 aktivis flotila ditahan rejim Israel

GAZA: Sehingga pagi tadi, lebih 200 aktivis yang menyertai misi bantuan ke Gaza telah ditahan oleh rejim Israel.
Aktivis yang ditahan berasal sekurang-kurangnya daripada 37 buah negara termasuk Malaysia.
Penahan tersebut bermula apabila rejim zionis mula menyerbu beberapa kapal flotila pada lewat malam tadi waktu Malaysia.
Antara aktivis Malaysia yang ditahan adalah penyanyi Zizi Kirana, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Ardell Aryana, Ahmad Musa Al-Nuwayri dan dan Sul Aidil.
Berdasarkan siaran langsung sosial media akhir yang dibuat oleh Ardell, beliau mendakwa bahawa mereka diseksa oleh rejim tersebut dan diugut untuk memenjarakan semua aktivis yang ditahan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengutuk tindakan keji yang dilakukan Israel.
“Ia adalah pencabulan terhadap hak asasi manusia.
“Kapal-kapal tersebut membawa bekalan penting dan peserta juga tidak bersenjata.
“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel menunjukkan penghinaan terhadap hak rakyat Palestin dan hati nurani dunia.
“Malaysia akan menggunakan semua kaedah dan saluran sah serta diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab khususnya dalam hal melibatkan rakyat negara ini.
“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan dan kita tidak akan membiarkan ia dikompromi tanpa tindakan.
“Kita juga teguh dengan pendirian untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin,” kata Anwar.