SIKAMAT: Sikamat Fest telah diadakan buat julung kalinya dan program rakyat ini telah mendapat sambutan daripada lebih 3,000 pengunjung dari sekitar DUN Sikamat.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, dengan anggaran lebih 3,000 pengunjung, sudah pasti berbagai memori indah dicipta bersama di samping melayani celoteh dan gelak tawa anak-anak kecil yang turut memeriahkan suasana.
“Dalam pada itu, berbagai aktiviti riadah turut dianjurkan seperti pertandingan mewarna, futsal, dam, congkak, memancing, permainan galah panjang, cabutan bertuah dan berbagai acara lagi bagi mengeratkan ukhwah sesama masyarakat.
“Tidak lupa gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan untuk anak-anak kereta permainan Hot Wheels yang dijual dengan harga yang amat murah.
“Insya Allah jika ada kesempatan program ini bakal dianjurkan semula pada tahun hadapan,” kata Aminuddin.