SIKAMAT: Seramai sembilan pengantin baharu menerima Bantuan Perkahwinan Anak Negeri Sembilan sebanyak RM500 daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Turut menerima sumbangan kewangan ialah 17 warga emas dan 23 pelajar Institut Pengajian Tinggi
Aminuddin berkata, kesemua penerima ini adalah dari DUN Sikamat dan adalah diharapkan bantuan ini akan meringankan beban perbelanjaan penerima.
Dalam pada itu, Fatin Syahira Musa yang merupakan salah seorang penerima Bantuan Perkahwinan Anak Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.
“Hari ini saya berada di Surau Taman Coral Height untuk mengambil sumbangan bantuan belia berkahwin.
“Saya berterima kasih kepada Dato’ Seri Aminuddin di atas bantuan ini.
“Semoga bantuan ini dapat diteruskan, kerana ini akan membantu anak muda pada awal alam perkahwinan,” kata Fatin Syahira.
Aiman Izzuddin Abu Zarin mengucapkan terima kasih kepada Aminuddin di atas pemberian bantuan perkahwinan.
“Terima kasih Dato’ Seri Aminuddin di atas bantuan ini.
“Sumbangan perkahwinan ini sedikit sebanyak meringankan beban majlis perkahwinan.
“Saya harap bantuan ini diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai belia yang ingin berkahwin dapat manfaat,” ujar Aiman Izzudin.
Nur Adlina Amron berharap bantuan perkahwinan ini diteruskan pada masa akan datang.
“Terima kasih kepada Dato’ Seri Aminuddin kerana memberi sumbangan kewangan perkahwinan kepada kami.
“Terima kasih kerana bantuan ini membantu kami membuat persiapan perkahwinan kami,” katanya.
Muhamad Eizad Syammil Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada Aminuddin di atas penerimaan bantuan perkahwinan ini.
“Terima kasih Kerajaan Negeri dan Dato’ Seri Aminuddin kerana memperkenalkan bantuan perkahwinan untuk belia.
“Bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan awal perkahwinan dan sekaligus membantu kurangkan beban kewangan keluarga,” jelas Muhamad Eizad.