Berita

Lembah perindustrian baru bakal dibuka di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sebuah lembah perindustrian baru bakal dibuka di Senawang, Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kawasan perindustrian tersebut bakal dibangunkan oleh Seri Pajam Development.

“Kawasan perindustrian ini akan meliputi seluas 523 ekar dan mampu membuka lebih 40,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

“Pembangunan ini juga selaras dengan Teras 1 Aspirasi Perpaduan iaitu ekonomi, Pelaburan dan Infrastruktur.

“Kawasan industri ini berkonsepkan ‘managed industrial park’ yang terdiri daripada detached factory serta dilengkapi dengan jaminan keselamatan secara ‘gated & guarded’.

“Pembukaan kawasan perindustrian baru ini juga dapat memberi ruang dan peluang untuk industri sedia ada di negeri ini berkembang kerana kawasan industri sedia ada sangat terhad.,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pecah Tanah SPD Tech Valley.

Show More

Related Articles

Back to top button