BeritaMenarik

Lima berita gembira untuk warga Felda

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan lima berita gembira khas untuk warga Felda.

1. Bantuan Khas sebelum Aidilfitri

Setiap peneroka dengan pendapatan RM1,000 ke bawah akan mendapat bantuan khas bersasar sebanyak RM300.

2. Penangguhan potongan hutang hasil bulan Mac

Peneroka berpendapatan RM1,000 ke bawah dan peneroka yang berpendapatan RM1,001 – RM2,000 akan mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk kos operasi ladang).

3. Projek membina jalan Felda Trolak Selatan – Pekan Trolak

KKDW telah meluluskan projek membina jalan dari Felda Trolak Selatan ke Pekan Trolak, Muallim, Perak pada tahun 2023 dengan kos RM35 juta sepanjang 2.3 km.

Pelaksanaan projek ini akan memberi manfaat penduduk di Felda Trolak Selatan dengan menjimatkan masa perjalanan ke Pekan Trolak dari 30 minit kepada 10 minit sahaja.

4. Penyelarasan program oleh Majlis TVET Negara

Majlis TVET Negara akan menyelaraskan program-program TVET khususnya TVET Generik dan TVET Aras Tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.

5. Menyambung pengajian di UniKL

UniKL mensasarkan sekurang-kurangnya 500 anak Felda untuk menyambung pengajian di UniKL khususnya kursus TVET seperti telekomunikasi, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan, industri angkasa, marin dan rel.

Zahid yang juga Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengumumkan khabar baik itu semasa Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW Bersama Warga Felda di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Trolak.

 

Kredit Foto: Facebook Zahid Hamidi

Show More

Related Articles

Back to top button