BeritaMenarik

Hentikan pembakaran terbuka pada musim panas

SEREMBAN: Semua pihak di Negeri Sembilan diminta menghentikan pembakaran terbuka yang boleh meningkatkan suhu persekitaran.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, status panas di negeri ini berada tahap berjaga-jaga (tahap 1), iaitu suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius bagi tiga hari berturut-turut iaitu di Seremban, Jelebu, Rembau dan Tampin.

“Orang ramai diingatkan mengurangkan aktiviti luar, utamakan penjagaan kesihatan terutamanya dalam menjalani ibadah puasa ini.

“Saya juga meminta ibu bapa menjaga pergerakan anak-anak agar tidak terdedah kepada panas matahari.

“Bagaimanapun situasi tersebut tidak menjejaskan empangan di negeri ini, selain tidak menerima laporan daripada pesawah yang terjejas akibat cuaca panas tersebut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button