SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan akan mengadakan program Mantai Rayo pada 7 April ini di 20 lokasi di seluruh negeri.
EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, program Mantai Rayo ini akan diadakan di 16 DUN (lapan parlimen) secara serentak.
“Antara barangan keperluan masakan yang akan dijual ialah daging lembu, ayam, telur dan sayur-sayuran.
“Secara keseluruhannya minimum sebanyak 16,000 kilogram daging lembu akan dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih murah dari harga pasaran.
“Ini bermakna sekurang-kurangnya 1,000 kilogram daging lembu akan dijual di setiap DUN dan setiap pelanggan dibenarkan membeli 2 kilogram daging lembu,” kata Jalaluddin pada Sidang Media Mesyuarat Pasca Exco di Wisma Negeri.