Berita

Peniaga jangan ambil kesempatan naik harga santan

SEREMBAN: Golongan peniaga dinasihatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan santan ekoran peningkatan harga kelapa ketika ini.

Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, peningkatan harga bahan mentah itu disebabkan faktor kekurangan bekalan.

“Kelapa ini berasaskan kepada keadaan dan suasana.

“Ada ketika waktu kelapa ini mengalami kekurangan bekalan dan itu yang mengakibatkan harga meningkat berdasarkan kepada permintaan.

“Tapi keadaan ini akan stabil apabila sampai waktunya nanti.

“Ia tidak akan berterusan dan memberi kesan banyak kepada peniaga.

“Cumanya kita harap bila kenaikan berlaku sekarang, peniaga tidak ambil kesempatan untuk naikkan harga jualan,” katanya.

Jalaluddin berkata demikian pada Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button